Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

27 June 2013

Luka membawa Makna

Sedikit demi sedikit Aku terasa sepii dan kian sepi dengan kesepian yang aku cipta sendiri
Mungkin tuhan mahu tunjukkan kepada aku bahawa aku perlukan perubahan duniawi ini untuk kebahagiaan bersama.
Benar orang kata,semakin lama itu semakin sukar perlu kita tahankan kerana maksud tersirat di kata kata manis kadang kala menjadi duri.perbuatan kita menjadi racun telah terbongkar untuk si dia.

Aku teguhkan diri
Aku kuatkan hati
Biar kami bertemu kembali
memulakan semua yang baru untuk kebahagiaan bersama

Kini,
Aku dan dia terasing tidak seperti dahulu sentiasa berkepit
Harap2 ada harinya nanti untuk kami bersatu menjadi satu semula

kini sudah hampir dua minggu aku tidak bertemu
perit pahit kelat semuanya ada dalam hati ini.
harap dia tidak mencari yang lain.
harap dia tidak berkasih tulis bersama insan lelaki yang bernama rakan
kerana aku berharap dia kembali di sisi seperti mieya yang dahulu dan keadaan pertemuan yang berbeza

Susah hati aku.tapi penawarnya dia hari2 menjenguk jendelaku ketika aku sedang nyenyak tidur
penawarku dia masak untuk aku makanan kegemaranku dari air tangannya dan dihulur di jendela dan ditinggalkan untuk santapanku.

Kini baru aku mengerti.
walau sehari tidak bersama dia.
gelisah , risau , takut dan etc
Aku perlukan dia.
Harap dia juga perlukan aku.

Perhatian akan aku berikan
Bahagia akan aku cuba buktikan
dan perubahan akan aku lakukan
jika benar itu takdir untuk kami berdua
melangkah ke alam baru.

Apa² pn itu semua terserah kepada ilahi
Kita mampu merancang
dan Tuhan yang menentukan
Semoga apa yang ditentukan
Menjadi sesuatu titik permulaan yang baru untuk Bahagia untuk kami berdua

Aku menanti ia kembali untuk transformasi :)