Masih tiada kata putus
Masih juga setiap hari air mata pilu bertitisan
Sudah ku cuba
Sudah ku berhempas pulas
Hampa.Keras hatinya
Aku perlukan welding untuk cairkan besi
tetapi itu juga perlukan masa
Kini aku tumpas semula
Kini aku jatuh ke tanah tersungkur untuk perkara yang sama
Kehidupan yang aku mula cipta tapi belum belum cukup masanya dan usaha
untuk berkembang menjadi warna kehidupan.
Kali ini masih juga tidak kesampaian
Astargfirullahhalazim
Apa perlu aku buat ?
Sudah...seperti tiada jalan
dan ruang untuk aku kali ini
Ketiga kali dalam tarikh mula
Mental totally down...
Apa lagi !
Apa Lagi !
Apa Lagi !
tiada kata putus pengorbanan
teruskan begini shafiq.
Kuatkan hati
Kuatkan segala jiwa.
Kau bisa dapatkan dia semula
Dia perlukan masa untuk terimamu semula.
Jika kau sayangkan dia kau perlu lepaskan
Aku cuba keraskan hati , tapi hati ini tercengkam erat seperti isi dan kuku.
jika cabut kuku maka berdarah lah isi
menanggung perit tanpa ubat bius
mengigil menahan kesakitan
menangis kerana sangatlah sakitnya
dan luka yang mengambil masa untuk pulih
segala jiwa yang ada adalah bisa
Aku sudah cuba berserah
merudum hati spt tiada mula
Aku cuba kejar semuanya
Aku cuba sejukan hati untuknya
perit dituju kepada aku semula
orang kata kalau tak nanti menyesal di kemudian hari
kalau x mencuba untuk pertahankan hubungan kita
tetapi jika ini yang ditentukan
Letakkan diri dalam diriku
Bukan mudah
5 tahun aku dan dia
setiap perkara bersama
tetap mengiang di dalam kepala
setiap detik perbuatan dari buka kan mata sehingga tidur
setiap waktu dia ada untuk aku
Aku bangun tiba2 dia ada disebelak gerakkan aku
Ketika dia dtg ke rumah makan bersama ,melihat dia aku tertidur.
Makanan yang aku makan,dia sering masak kan.
Itu semua indah , itu semua kenangan manisku ,
Kenangan tak dapat kita padamkan kita simpan.
tapi dalam soal ini.
Jika aku simpan semakin hari semakin merudum hati kecil ini.
Bukan mudah.Aku percaya dan kalian mungkin percaya
Ini bukan sesuatu yang mudah
kerana manusia telah dihidupkan dengan perasaan dan akal
Jika kau katakan tidak.
Aku hilang arah.
Tapi kau kata setengah hati berbelah.
Aku sepi dengan rasa kasihmu
Aku sepi sepi dan sepi ;)
Datanglah kembali mie
Aku tak berdaya
Lesu
kepala kosong
kering sudah airmata menahan pilu hati
kering sudah air liur berkata kata
kering sudah peluh bertungkus lumus
kini badanku perlukan air
untuk teruskan perjalanan.
Jika takdir mengatakan kau bukan untuk ku
cukup...5 tahun sudah berat aku merasakan cinta
takut untuk mencari yang baru
takut untuk berkasih selalu
takut untuk teruskan hidup berdua
Aku trauma.
cukup diriku untukmu..
penat untuk yang baru
Masa tak mengizinkan aku
Umur semakin meningkat
Rakan sudah meningkatkan diri
Aku masih di takuk lama.
Ewan kau renungkan semula
Salahmu , apa kekurangan mu untuk dia
pikir akan hati si dia ,
dia perlukan perhatian walau sedikit
dia perlukan bahagia walau sedikit
dia perlukan perubahan walau sedikit.
jangan masih di dalam dunia kebencianmu dan dendam
singkir parasit itu dari hatimu.
Jangan kau pentingkan diri
Dia perlukan itu walau sedikit
Jangan Abaikan dia selagi masih ada
Jangan Ewan Jangan " kata hatiku "
Sudah..Hanya Aku
Buka Mata
Besarkan Telinga
Kuncikan mulut
Dengar jika kau perlukan cinta dia.
ZIP.......................
Manggakan lalu campakkan
kunci dalam lautan laut dalam
Kau akan bersama
Kerana aku tak kenal erti
serik jika bermain dengan cinta si Mieya