Jangan tudingkan jari kepada dia
Jangan tuding jari kepada aku.
Tudingkan kepada diri sendiri untuk persediaan akan datang
Kan lebih elok pandangan seisi manusia
Dalam kelekaan melihat bahagia pasangan lain
memuji kesetiaan orang lain dan tumpang melihat gembira mereka
aku leka dengan kebahagiaan aku sendiri
aku hanyut dalam dunia sendiri tanpa memikirkan insan lain.
aku tahu kadang² aku terlalu leka mengejar cita²
tetapi mengapa apa yg aku lihat tidak aku selitkan dalam kehidupanku
terlalu banyak yang menghalang.
dunia...begitu menguji...akhirat aku selitkan dalam diri untuk teguhkan diri.
sudah aku teguhkan satu persatu ujian yang datang.
aku bersyukur..jika itu ujian untuk ku.Kau EWAN terima.jgn banyak berdalih.
syukuri nikmat allah , kerana masih memberi petunjuk untuk dirimu kata diriku sendiri.
sudah aku pujuk hati ini.
kuatkan diri , cuba pulihkan segala yang kau buat.
tetapi dia...tawarkn hati keraskan kepala.Tepis sekeras kerasnya
cubaan yang sia sia.
Sudah sepuluh hari.serba tak kena.
Jika dulu aku abaikan segala untuk semua.
tapi kini aku tidak.belajar dari kesilapan.
tanggungjawab perlu diteruskan,Cinta perlu dipertahankan
dan perasaan harus aku bahagikan untuk stabilkan dari semua aspek.
biasalah.bila cuba dan paksa diri.hasilnya tetap sama.
Tetap juga aku palitkan najis di muka sendiri.
Puas sudah aku
Penat sudah aku
aku tak terdaya lagi.
merudum jatuh hati ni.
walaupun hati ini aku pujuk
masih tetap sama.semakin hari semakin remuk.
semakin jatuh.
Kalau kau tanyakan pada sahabat
ewan tu kenapa ?
" ewan kalau teruk mcm tu xde benda lain la "
sedangkan mereka pn sudah jemu.
inikan pula dia.
manusia perlu berubah mengikut peredaran zaman
tetapi aku masih di takuk lama.
jika aku pilih untuk menderita lara aku terbuka untuk ke neraka
jika aku pilih jalan menderita luka aku sengsara
Kini aku pilih menderita sahaja.biar jauh dari luka dan lara.
Biar
jika itu ketentuan jika itu permintaan
jika masa menjadikan taruhan.
biarkan saja.sebab tiada apa yang dapat kau pertahankan.
sebab itu semua kemahuan.
Aku biarkan
Aku pertahankan
Aku rosak kan
Biarlah aku terima segala dugaan.
Terima kasih beri aku ruang untuk pertahankan.
jika itu pilihanmu.
terpaksa aku relakan
kerana aku perlu teruskan perjuangan
supaya tiada sesalan untuk hari yang mendatang.