Bukan atas nama dan mungkin di dalam fikiran anda katakan ini sebuah lagu.tetapi ungkapan ini dari hati bukannya datang dari petikan lagu.Mungkin lagu itu melambang maksudnya.tapi bagi aku kini aku bersyukur atas apa yang aku ada dan aku gembira atas apa yang aku terima.Sedikit sebanyak mengajar aku erti kehidupan dan ragam sesetengah manusia dan dunia setelah apa yang aku lalui selama ini memberi satu ungkapan yang tak terhingga.
Kini aku berdiri lagi menempuh kesukaran dunia dikelilingi dengan tanggungjawab menjaga diri dan dia.Syukur selama 3 tahun ini.membuat aku mengenali lebih mendalam dan setiap pelusuk ragam dia dan kerenah yang memberi kenangan begitu manis.Wahai wanita yang menjadi puncak hatiku.Kau bagai sinar yang telah lama terkubur di dalam kegelapan.Kini datang menyinari aku dengan penuh kesabaran.
Dalam sabar...memberi aku suka.Dalam sabar memberi aku ketawa riang dengan celoteh dia.Semakin hari semakin garang,semakin hari semakin sensitif yang kini menampakn kewanitaan yang jelas.Ha Ha. Ha Ha.
mieya mieya...mu kam klako...qalaupun darah yang mengalir ini datangnya dari negeri seberang kepulauan.Tetapi mulut ini mudah mengatakan perkataan timur.Di mana Lahirnya aku sebagai penjiwa seni dan diselitkan engkau sebagai pemberi nafas.Sudah macam2 tempat aku pergi kerana lari dari masalah.
Kini aku sedar masalah itu sebenarnya aku yang selalu memaksa diri untuk terus teguh dengan apa yang ada.
kini sekali lagi aku diberi peluang untuk teruskan hasrat di hati yang telah lama kita setujukan.Kini hati kuat mengatakan aku tidak akan jatuh lagi kerana kesilapan lama.biar apa terjadi antara kita.Aku terima itu sebagai suratan.selagi ia masih ada dan masih teguh.aku akan pertahankan hingga ia temui kata putus untuk nafas ini.
Kini masa terlalu cemburu dengan kita kerana terlalu sibuk mengejar matlamat.Dalam masa yang sama tidak aku lupa tanggungjawab aku sebagai manusia yang punyai satu lagi harta sebagai sang arjuna.Kaki kuatkan aku dan benarkan aku berdiri lama lagi sehingga ke puncaknya nanti.Teguhkan aku supaya keinnginan hati tidak menguasai diri.simpan segala benda untuk aku,simpan segala jiwa untuk aku.kerana aku akan datang membawa segala yang terpendam ke dalam hati untuk aku lepaskan nanti bersama ti TC...hahaha
Sudah lama tidak update blog ni.Biasalah CSR.bercakap dan menjawab.Bila tiba waktunya tidur.pejamkan mata dan teruskan hari esok dengan menghadap PC dengan system2 yang kadang2 membuat aku jemu untuk melihat.tapi kadang2 memberi aku ketawa sebab...encik bole tolong tgkan PC tak? Aaaaa saya xtau woo...okay takpe jawapan aku...encik boleh tegokkan lampu itu tak...saya tak tau wooo...suma xtau apa yang encik tau? makan tau ? minum tau?? kata aku dalam hati.hahahahaha...
aku sangat gembira dengan apa yang aku lakukan.Aku selesa dengan apa yang aku hadapai.sebab aku kini lebih penyabar dan lebih mesra alam dengan manusia yang 1 alam.kerana manusia yang dua alam banyak sgt kat depan mata aku hari2.kenapa lah depa minat dok tengok aku.haish..geli mak noks!
Okay...esok cuti.kena rehat dengan sebaiknya.sekarang masa untuk lelapkan mata kerana aku perlukan persediaan untuk hari esoknya.selamat malam dan selamat berjumpa lagi di lain hari jika masa tidak mencemburui aku dan kome sume.
Terima Kasih kerana menghubungi TUT...ada apa boleh saya Bantu? hahaha