Mai.aku sudah jatuh mai.aku jatuh lagi Mie.aku terhoyong hayang dalam bayang sendiri.Kini kaki adalah aku kepala adalah engkau.sudah engkau fikirkan dan beri seribu harapan untuk ku.Tapi kerap kali aku hancurkan."Kenapa kau dengan kau ni" kata aku.
Kenyataan itu bermain di hatiku setiap hari dan menjadikan aku lemah dari segi mental.bermain dengan persekitaran dan bermain dengan perasaan.aku tidak kuat walau dihulur dan aku perlukan semangat untuk bangun.walau jauh atau dekat seperti aku masih tiada bezanya.Memang aku mahu diberi perhatian kerana itu yang kau ajar dahulu dan itu yang aku beri dahulu.Tapi sekarang semuanya jauh berbeza dan begitu ketara.Aku perlukan dia.dan dia senantiasa bz tentang kerja.itu sudah menjadi lumrah kerana ia tanggungjawab dia.Aku perlu bangun atas kaki aku sendiri kerana dia sudah berjaya dengan usahanya itu.bukan aku tidak mahu.bukan aku memilih.cuma aku perlukan setiap bulan ada masuk nya kerana itu yg aku perlukan saat ini.dengan itu aku akan sedikit kuat dan sanggup kuat untuk jalani apa pun.Harap beri aku sedikit masa lagi sebelum aku undurkan diri.
Walau kini aku terasa seperti ditindas,walau kini aku terasa seperti aku menumpang kasih,walau kini aku rasa seperti meminta sedekah,walau kini aku rasa seperti aku menagih ikhsan.ya itu aku kini.sepertimana kau maki sepertimana engkau caci.itu semangat untuk aku.tetapi sekuat mana hati ini untuk semua itu jika titisan airmata ini menunjukkan aku telah lama bertahan bukan sekadar seorang yang gagal dalam hidup.tetapi gagal mengawal hati yang sentiasa dicaci.mungkin wanita perlukan lelaki bertanggungjawab.tetapi jika itu yang diperlukan benar kata kau.Penting perkara itu tetapi jika kau fikirkan dalam keadaan jatuh ini kau beri itu untuk menaikan aku kuat kah hati ini untuk perkara seperti itu tanya aku lagi pada diri.
Fikiranku celaru.aku perlukan masa untuk dimanja.tetapi keadaan tidak mengizinkan.Alhadulillah kau sudah berjaya.aku merudum ke tanah.dengan tiada apa yang dipegang di tangan bukan senang untuk aku jalani semua ini.cukup sekadar madah2 ikhlas dan kejujuran dari kau membantu aku.Aku lebih rela diam dan menyendiri dalam kamar dari dimaki hari2.aku lebih rela tidak berjumpa seharian dari dimaki.tiada yang lain indah ku selain kata2 lembutmu.usia mengajar kita.kau ku tinggalkan sendirian dan aku mendapat apa yang aku lakukan untukmu.menyesal tiada gunanya.kini aku menanggung akibat.
Jika suatu hari nanti.hati ini tidak mahu berkata lagi.aku rasa..aku akan terus menanti walau berputih mata dan berhitamkan hati sehingga kau menemui jalan hati.banyak yang perlu aku nasihati sebagai teman dan untuk diriku sendiri.walaupun aku tidak setinggi kau ketika memakai kasut bertumit tinggi.tiada makna jika teguran aku tidak diperlukan dan sentiasa menjadi pergaduhan.walau engkau sudah berjaya..tiada makna jika sopan tidak didahulukan.walau engkau sudah berpunya tiada guna jika aku dipersiakan diperlekehkan dan disisihkan.Kerana aku rela berdiam diri menanti sesuatu yang misteri datang kembali.
Bukan aku mengeluh untuk menunjukkan ketidakpuasan hati.tetapi ini apa yang terpendam dalam hati.aku keluarkan di sini kerana aku tidak mahu ada dendam yang bisa memutuskan hubungan erat ini.sebab aku percaya rezeki dan semuanya akan bermula dari sini.Untuk aku terus berdiri mencari rezeki yang telah diberi oleh Ilahi.
