Berdasarkan tajuk yang aku sertakan untuk tajuk kali ini
sudah memadai aku mengeluh dengan apa yang terjadi
perit , pilu , penat dan tak berdaya
CUKUPLAH
aku penat penat penat
aku perlukan sedikit
aku perlukan secubit
dan cuma sedetik sahaja
kasih darimu.
Hingga detik yang dinanti berlalu
sudah ku atur mengikut kehendak
tapi aku juga yang gugur
sudah aku tunaikan mengikut kehendak
kali ini juga tersungkur.
Sudah aku katakan
Aku mahu dan Kau tolong " aku tak malu jika ia palsu "
Biar tanganku tepuk dinding tiada rasa sakit
pinjamkan sedikit perkara yang bernama sayang
pinjamkan sedikit perkara yang bernama perhatian
pinjamkan sedikit masa yang bernama masa
PINJAM , TOLONG , LAKUKAN
aku merayu dari mu supaya berikan aku itu
kini aku menagih setiap kasih syg yang dulu
aku menagih perhatian yang kau tidak beri kini
aku perlukan masa sementara masih ada masa di kota ini
apa mahu dikejarmu.
apa mahu dicuba
sementara...
kau tunggu kelak...
belum tiba masa
Jangan kawan....... " kau pandang diri terlalu tinggi "
Kelak tidak diterima bumi
Jangan kawan......." kau pandang diriku hina begini "
Kelak suatu hari kau datang berdiri waktu susah nanti.
Bukan semua benda manusia boleh tangani
ada juga yang dia tidak.
Hidup ini pernuh dengan KARMA
Kau lepaskan dendam dengan sebegini rupa.
Aku terima dengan hati terbuka
Tapi walau terbuka manapun hati manusia
suatu hari kecundang juga.
Sementara hati masih ada
Sementara masih tahan jiwa
Sementara benci tiada di hati
Kau biar saja aku tangani seorang diri.
tak perlu kata " ah aku tak susahkan sesiapa "
benar tapi kau bayar dengan wang sejuta untuk segala khidmat
tak perlu kata " aku punya cita-cita tinggi "
benar semua manusia ada tapi kau jangan musnahkan cita-cita aku ini
tak perlu kata " aku tak perlukan dia "
benar untuk seketika tetapi aku percaya cuku sekadar setitik airmata.
Insan ini juga tempat bercerita
Lumrah alam
Lumrah kehidupan manusia.
Hari ini aku dipuji
Esok aku dicaci
Bila teguh kau berdiri
Aku jatuh begini.
SUKA ? Sesiapa pn akan kata tidak
canang segala cerita
aku sudah lali berkali - kali
jadikan aku sebagai patung untuk dimarahi
aku sudah jadi kini , jatuh maruah diri di depan saksi
katakan keburukan setiap langkah aku
sudah aku belumur segala darah saksi
" Ah tapi itu semua dulu " apa perlu diungkit lagi
Jika dulu aku terima mu cantik buruk sentiasa di hati
Aku kini seperti mayat dibakar api
dicampak ke dalam gaung yang tak berpenghuni
Jika dulu aku sanjung kau begitu tinggi
tapi kini kau caci aku dengan maki
Jika dulu aku katakan aku benci
kau tahu dalam hati ini penuh dengan kasih diri
Jika dulu aku berkasih simpati
Kini kau tahu mana perginya semua ini.
KEHENDAK DIRI lupakan semua ini
Aku tak peduli jika dia sakit jika dia benci.
Aku Perlu pentingkan diri.
Bukan atas kerana " kenapa dulu "
Ini semua soal hati
Tiada siapa yang dapat menentukan rezeki
jika bukan bahagian untuk aku berjoli sana sini.
Jika semua khidmat perlukan bayaran
Jika semua perlu membayar
Jika semua senang hidup di dunia
Jangan ada matawang untuk membeli.
sekadar dapat pahala dan syurga dari yang Esa
Maka BERI kemana saja PERGI apa perlu MINTA
tak perlu SAIN.Tak perlu USAHA.
Begitu senang.
MUNGKIN ?
tidak..........
sebab itu kita perlu berusaha untuk berjaya
Perjalanan dunia telah ditetapkan sebegitu rupa untuk manusia
bermula dari ADAM dan HAWA lagi.
sebab itu kita perlu berdoa semoga dipermudahkan
sebab itu kita perlu seimbang dari kedua dua Perkara
Jika kita kejar dunia jangan lupa akhiratnya
Jika kita kejar akhirat tanggungjawab juga perlu untuk hidup
Jika kejar tanggungjawab juga perlu mencari rezeki.
Semuanya berkait antara manusia
Insyaallah jika lurus jalannya maka perjalanannya lurus.
*marah + kecewa + sedih + berduka = tapi tak boleh berbuat apa²
Biarkan saja sampai aku jatuh kecewa dengan doa-doa supaya suatu hari insan ini terbuka mata² agar menerima semula.Insan Hina yang telah dibiar untuk sekian lama.