Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

09 February 2013

Life Inspired by myself

Aku
Merenung & Mengimbas kembali
Perjalanan hidup yang silih berganti
Melihat diri kini yang kelu , tidak mampu untuk berbuat apa²
Teguh berdiri cuma atas jalan sendiri
Acap kali insan lain menjadi mangsa
Tiada gigih usaha dan cuma kerahan diri semata
Kadang kala aku rasa sangat binasa perjalanan ni
Melihat insan berjaya bersepatu baru
Tetapi aku cuma sepasang selipar surau
Cukup terasa , malu entah mana mahu meletakkan muka
sebab hari - hariku kerap kali diamamah usia
Semunya  sia²

Kadangkala aku ada terfikir
untuk kuatkan hati berdiri
tapi aku masih tetap begini
tiada perubahan hati atau dari segi sosial diri
tetap , terperuk dalam dunia aku sendiri.
aku tercari² mana diri aku yang dulu
happy go lucky  berjalan membeli menghiburkan hati bermuzik
hari aku penuh dengan aktiviti.
tapi kini ,hilang.
tapi tetap juga kabur mana pergi

Aku malu pada diri sendiri , sedih
Dia sudah ke puncak gunung
Aku masih di sini hidup masih kemana mana
Tetapi dia tabah teguh rajin cekal kuat semangatnya
Seperti tidak layak untuk aku bersama dia.
Tapi dia penguat semangatku
Dia teman gaduh aku
Semuanya dia , yang aku anggap SAHABAT SEJATI ISTERI
Insyallah ada jalannya nanti.

Kata Kata untuk diri sendiri
" Take An Action , the result will show's after "