Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

03 November 2011

Kini Aku Pergi Lagi Mencari Diri

Setelah aku fikirkan secara masak apa yang perlu aku lakukan untuk diri antara cinta dan kehidupan.Aku pilih kehidupan.sebab aku percaya dengan hati aku yg sering berkata ia pasti akan datang kembali.tidak kira siapa pun kerana jodoh dan pertemuan itu sentiasa di tangan Yang Maha Esa.so aku dah decide.Aku akan merantau lagi.Best Pulok,kawan2 pun ckp merantau la selagi itu memberi yang terbaik dan merantaulah melihat dunia luar sebab ada pengajaran kat situ.Aku bukan lari dari masalah.aku dah setelkan masalah aku.sudah selesai sedikit sebanyak.sebab manusia tak pernah lari dari mengharung dugaan kan?.Dia dan aku pilih yang mana yang terbaik.jika dia bersama orang lain dan bukan bangsat itu.aku tetap anggap dia kawan aku.tetap kalau bangsat itu menjadi pilihan maaf.aku lagi rela mencari rakan lain yang sudi berkawan dengan aku."berkawan biar seribu.bermusuh biar satu".itu aku pegang sampai skang.Pasti menjadi semangat kemudian hari.

Selepas Raya Haji ni.Terhenti hubungan intim aku dan dia.Walaupun berat tapi itulah cabaran sebenarnya.walaupun jauh mungkin ada hikmahnya.Dulu sentiasa bersama dan kini aku pergi dan susah untuk kembali sebab aku dah ke seberang.tipu kalau kata tak sayang.syg sangat2 kat dia.Apa yang boleh buat simpan je lah syg dan kenangan paht manis tu.Tu je yang dapat aku buat dan terbaik.Apa yang aku harapkan selepas pemergian aku,kuatkan lagi hati dari sebelum ini sampailah kukuh dari segi apa pun.Mesti balance dari 2 segi.Dan bila aku balik bercuti aku tengok dia dah berjaya.Amin....dia happy aku pun happy.dia bahagia aku tumpang gembira.Aku skang tengah manfaatkan masa yang ada sebelum aku rugi.sebab dia baik n terbaik dalam persahabatan.beruntung jugak lah kadang2.susah untuk aku bayangkan dengan perkataan.

Tapi aku lagi sayangkan diri aku dan keluarga aku.biar aku menitiskan peluh kudrat aku untuk diri dan keluarga.aku percaya suatu hari nanti aku akan berjaya dengan berkat family.Insyaallah.kalau benar rezeki aku di sana.akan aku gigihkan diri dan kuatkan hati menolak hobi dan minat aku sehingga aku berjaya mencapai target aku.tak lari kemananya.tetap di situ.Manusia perlukan target."list all your target for future" ni kawan aku yang dah berjaya ckp.kini aku tetap sendiri apabila sudah tiba masanya nanti.aku akan mencari atau ia datang sendiri.akan aku curahkan cinta pada orang yang aku sayang.itu pun kalau dia nak dan masih single.hahahaha.kalau takde rezeki cari yang lain je lah.pe nak buat kan.Aku kan lelaki.

Bila dia kuat.aku lagi kene kuat.Sebab mesti ada hari dia perlukan aku untuk meluahkan something.Aku percaya.Moga aku sentiasa kuat.sedikit sebanyak aku bersyukur.sebab Yang Maha Esa sebenarnya memberi aku petunjuk buat diri aku.untuk belajar tentang diri dan kehidupan.Alhamdulillah.semoga petunjuk itu diberikan berterusan untuk aku.Rakan2 doakan saya di seberang.moga2 murah rezeki.boleh belanja korang bila aku balik sini nanti.hehehe.mata pun dah kuyu.tapi hati ni banyak lagi nak cakap.Continue lah esok