Di saat aku gembira sebenanrnya aku sedang bersedih.walaupun cinta itu indah.ia akan menjadi sakit apabila kita berpisah.Esok tiba harinya untuk aku melangkah pergi jauh dari hidup dia.Sebelum ini aku kuat menghadapi hari2 akhir.tapi harini merudum jiwa aku jatuh ke tanah ditemani airmata luka.Aku pergi kali ini untuk cinta.Walau aku menitiskan airmata dalam keadaan senyum.itu senyum gembira ciptaan aku.itu semua ciptaan.Seperti biasa.Nota Terakhirku telah aku sisipkan.Aku harap kau baca dan fahami ditemani bunyi2 indah suara manusia dalam keadaan tenang.Mungkin kau rasa ia perlu.tapi telah banyak kau korbankan untuk aku.ia jelas di mata aku.tetapi aku tetap pergi meninggalkan rakan dan cinta aku.
Perasaan yang dapat aku gambarkan sekarang.Aku punya sesuatu yang aku anggap beharga.ditarik sekeras - kerasnya dariku dan dihumban dan diseksa di atas api yang panas dan torehan pisau dengan kejam dan kemudian dibiarkan di tepi jalan yang dipenuhi manusia dengan hanya melihat dan dibiarkan di situ.Berat sungguh bila fikir aku akan melangkah pergi.Aku tahu kau sayangkan aku.tapi esok tiba harinya.setakat itu sahaja apa yang aku dapat merasai selepas itu cinta itu ditinggalkan di situ membelah lautan.Kau jaga dirimu,kau jaga hartaku,kau jaga perasaanku,kau musnahkan hatiku tetapi kau sambungkan tali halus untuk kita yang menunggu masa untuk terputus.Harapan dalam diri tinggi dan harapan itu yang aku harapkan dari seorang insan.tapi mungkin itu mustahil sebab aku hanya dapat menanti ia datang kembali.ku pegang pada jodoh.Pilihlah yang mana terbaik untuk dirimu.sebab kelak kau juga yang akan merasai titik peluhmu.aku tahu apa yang kau inginkan.
Semoga cita2mu tercapai.sebab itu sahaja yang dapat aku katakan sebab selepas ini.rambut,wajah dan segalanya tentang dirimu......mulut aku tidak bisa mengatakan.Kau benar wanita terhebat.susah senang bersamaku,Lapar dahaga bersamaku.terima kasih menjagaku selama ini , selepas atau akan datang.Aku sentiasa berterima kasih.aku tahu pasti suatu hari kau akan kembali kepada dia.jika itu yang terbaik.pilihlah.Usaha sudah,semuanya sudah.tapi jodoh? tak kesampaian kerana halangan dunia sungguh berat.ada hikmahnya benar.kita mencari diri masing2.kenal dengan salah sendiri.Bagus.mungkin ia telah berakhir.Sedih?usah diunggkap lagi.Merindukanmmu hanya tinggal lagu.dan Cinta tanyalah pada diri dan kenangan selagi kaki masih mampu berjalan.walaupun ku tidak punya masa.Kelak kau akan tahu masa apa sebenarnya yang aku maksudkan.Semoga kita akan bertemu jika sempat.