Aku petik tajuk ini dari seorang rakan di laman sosial facebook Aloy Paradoks.
dengan sebaris ayat ini telah menjelaskan secara meluasnya maksudnya.aku bersetuju sebenarnya dengan ayat di atas.lelaki yang baik memang senang ditindas tak kira dari segi apa pun sebenarnya.dari aspek diri aku dan sesuai dengan blog aku.Aku labelkan diri aku sebagai orang yang ditindas sebab aku orang yang menyorok di belakang drama dia demi mendapatkan cinta ku,walaupun sakit,walaupun kecewa walaupun sentiasa dalam belenggu.tetap juga aku masih menagih.seperti aku tidak tahu malu dan seperti aku tidak mengerti apa yang aku lakukan itu adalah salah sebenarnya.katanya dia sayang kat aku dan susah untuk dia lupakan aku.Benar ternyata.tapi dalam masa yg sama dia keluar bersama orang yang menindas aku ketika aku tiada.Aku bersyukur dia masih belum lagi melanggar janjinya kat aku.tapi kalau langgar sampai di sini saja lah.Munculnya aku jika diperlukan,munculnya aku bila dia dalam kesusahan.itu apa yang aku lihat dari apa yang terjadi kat diri aku.Kekasih gelap dia.so dari takde kan.walaupun hina walaupun busuk di mata orang.niat aku adalah aku sayang.dan dia lakukan sebegitu kerana dia taknak dekat lelaki itu.tetapi lelaki itu sentiasa menyakitkan dirinya demi menagih kasih.atas dasar kesian kat laki tu dia pun terpaksa lah layan.erm.sakit oooo aku...tapi takpe aku tak mintak sebab itu dugaan untuk diri aku.aku terima
Kini aku semakin kuat untuk berdiri walaupun adanya dia secebis dalam hidup aku.dan kini juga aku berhati2 sebab dalam 1 jam saja aku boleh jatuh cinta semula.apa yang perlu kini boleh.tapi cinta itu tidak ku beri sepenuhnya,sayang itu tidak ku beri sepenuhnya dan belaian tidak akan ku beri sepenuhnya.demi hatiku,demi jiwaku demi apa yg buruk pada masa akan dtg.jika ditakdirkan dia memiliki apa yang di sepatut pulangkan dalam masa singkat ini.akan ku beri sepenuhnya dekat dia walaupun aku tahu family dia dan family aku akan memandang hina kepada kami.biar jatuh segala ego2 manusia dan mentaliti2 yang sentiasa membuat pasangan berasa susah untuk bersatu.itu adalah halangan yang sukar untuk kami sebelum ini untuk bersatu dan membuat kami renggang sebegini.
Apa yang dapat aku katakan sekarang! aku kena kuat!,aku kena setia pada dia.dia perlukan masa.bila sampai waktunya nanti akan aku nilai benarkah cinta yang diberi atau mainan semata-mata.Lelaki memang paling mudah dikalahkan wanita.wanita punya 9 nafsu yang lelaki perlu layan.kita tak akan tahu apa yang dia perlukan sebenarnya.tugas kita mengajar dia supaya bersabar.aku sayang kat dia.memang.tapi jika sabar aku hilang dan hatiku sentiasa jatuh.apa akan aku katakan.selamat tinggal buat selamanya.itu apa yang aku dapat katakan kali ini sebab aku rasa itu yang terbaik kerana aku tak nak diri aku semakin sakit.biar sakit ini habis sampai di sini saja sayang.itu saja.tamat