Hati
"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"
2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "
12 October 2011
Aku terpaksa
Kini telah berakhir semua antara kami.Aku terpaksa mengatakan antara aku dan dia tidak akan ada apa2 ikatan lagi.kini semua sudah terhenti kerana aku kenal diri aku bagaimana,dan aku tidak mahu lagi terseksa.biar aku sakit sendiri.biar aku setia pada yang 1 seperti dahulu.Kali ini pemergian aku memang berat sungguh rasanya.seperti aku akan mati pada esok hari.seperti aku akan pergi selamanya dari dunia ini.ternyata mmg aku sayangkan dia.tetapi kali ini memang terpaksa aku campakan jauh kerana jika aku masih di sini aku akan menganggu hidupnya,aku akan merunsingkan dia.tidak sama sekali aku akan benarkan dia berasa aku sama seperti bangsat itu.aku suka beralah.aku suka biarkan orang pukul aku sebab dia walaupun apa yang aku dapat sekarang sangat menyakitkan luar dan dalam.luka aku kini semakin parah,apa yang aku katakan keputusan aku semakin menyakitkan aku,tetapi memberi kebahagiaan kemudian hari kepada dia.selepas ini tiada lagi dia di hadapanku,tiada lagi aku berdudu dgn dia,dan aku bertegur sapa.kerana itu yang aku harus lakukan demi dia dan semua.kali ini lagi sakit dari yang sebelumnya.Warkah terakhir aku kali ini akan aku suratkan kepada kau di dalam dakapan aku hari demi hari dan akan aku sampaikan semua pada harinya nanti.akan aku tunaikan permintaan kau nanti.ros merah dari aku dan ros putih dari dia.ternyata kau memang sayangkan aku.ternyata aku juga sayangkan kau.jodoh bukan ketentuan kita.ternyata kini terbukti jodoh antara kita sampai di sini.tiada lagi dia menceriakan hariku.hanya titisan airmata sayang yang turun dari mataku adalah dari suaramu dan semua darimu.kini aku kembali sendiri dan kini aku kembali menyepi.Tuhan saja yang tahu bagaimana sakitnya aku meninggalkanmu kali ini.bukan sengaja aku lakukan ini.semuanya bersebab.aku cuma mahu kau faham.aku lakukan semua ini untuk cinta aku.Moga cinta itu datang kembali ke sisi aku.smoga apa yang aku lakukan kini menjadi pengajaran kepada kau kemudian hari.smoga kau bahagia bersama dia dan kau kuat bersama dia.