Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

05 September 2011

Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011

Hari Raya Pertama

Aku beraya dengan sederhana dengan pinjam baju raya member tahun lepas :)
Ala kadar tahun ini dengan raya sorang diri kat studio.dah la bangun lewat.tu pun nasib member col soh bangun.da la terlepas sembahyang raya.haish......ape bleh wat.pagi2 pakai baju raya pergi jumpa kak yo sebab dia soh snap pic family dia.dpt la duit poket skit n pastu g umah yi n rasul beraya n balik studio.cerita ni bermula di studio bila aku start pasang CD lagu raya.meremang buluy roma.bukan pe.sebab raya sorang2.titisan airmata raya memang kuatkan lagi semangat aku.lagipun ini kali pertama aku beraya dengan duit kosong n sorang.Mmg kosong gila.orang pertama yanh hinggap kat kepala aku takde len.mak ayah family n mie.sebab tahun sebelum ni raya kat perak n pastu kat jengka.sebak rasa di dada.Tapi petang tu aku teman bege pegi raya umah member dia apai kat sungai lembing n terus blk studio sambung renovation kat studio.

Hari Raya kedua

Aku tak braye pun.dok je kat studio tu. pastu tunggu member2 dtg beraya bwk kuih2.ade la skit.memang sedih rase.sebelah petang plak aku sambung renovate studio, n cte dia mlm tu aku g anta bege blk rumah dia.time aku nak blk studio malang betul.mungkin kepala aku ni banyak bermain dengan perasaan aku xcident kene langgar.habis stengah badan aku ni luka.adoi.mmg malang rasa taun ni.dalam kepala aku jgn la sape2 bgtau family aku yg time tu tgh beraya kat swk.kang hilang mood nak beraya nanti.susah hati orang tua tu kang.so aku rahsiakan dari semua orang kecuali orang2 yang dtg studio je lah yang tau.em..pape pun nasib aku tak meninggal.sebab masa yang sama aku dengar ramai lagi yang xcident.semua meninggal.takot gak rasa kat ati ni sebab tak salam raya lagi ngan family aku.Bg aku biar la aku berjumpa dan salam daripada aku msg je.

Hari raya Ketiga

Aku bangun je tido yi ajak pegi umah dia sebab ade open house.Aku pun pegi la tolong bakar2 ayam.tgk family diorang ramai je.ramah mesra.tapi dalam aku tgk diorang bergembira aku bersedih sebab aku sorang je takde kene mengena menumpang kasih keluarga orang.sedikit sebanyak ade jugak aktiviti yang bleh aku buat raya ni.dari duduk je kat studio congok gtu.em.

Hari raya Keempat

Teruskan hari2 seperti biasa di studio.waktu ni kemas studio cat kat area dapur n buat hand Design.cantik jugak studio skang.baru nampak macam studio.hehehe...

Hari Raya Kelima

Seperti biasa,Rutin harian.n malam tu ade buat Open studio kat babygurl2 Tuan Studio.bege.hehehe...BBQ lagi.yang geramnye,aku tukang bakar je..tukang makan orang len sebab aku tak bleh makan ayam.pantang la katenye sebab akukan baru xcident.luka gile banyak so pe nak buat jamah je la secubit dua..hahaha......

CERITA LAIN

Dalam masa semua raya ni.topeng yang aku guna memang banyak.sebab ape yang aku lihat dengan mata kasar aku sekarang mengembalikan begitu banyak memori aku masa dulu.tapi sekarang.aku masih single dan menjaga adik2 aku kat kuantan ni.Ade seorang adik yang aku jaga skang ni tgh pregnant.kesian kat dia skang sebab ditinggalkan orang yang tak bertangungjawab.so dalam fikiran aku.dia pernah buat salah,dalam masa yang sama aku pun tak nak dia buat salah dah.elok la dia nak tanggung baby boy tu dar pegi buang ke ape ke.mungkin kehidupan dia selepas ini sukar dengan mentaliti masyarakat melayu sekarang masih jugak sedikit tak terbuka nak2 lagi orang kampung.dah biasa dengan keadaan mcm ni.aku beri dia peluang untuk bergembira dengan teman2 studio yang open mind ni.sebab yang diluar sana memandang hina.bila difikirkan balik.mulut orang takkan pernah ttp tapi sampai bila kan? so aku decide biar aku jaga dia mcm adik aku sendiri.bagi dia peluang untuk hidup dalam komuniti sekarang.beri dia peluang untuk hidup.bukan blame dia.sebab dia perlukan rakan2 yang sokong dia dari segi rohani dan mental,takot nanti gila meroyan pulak kang.so sekarang alhamdulillah harini tadi da pegi check kat hosp.dah tau jantina n babyboy tu sihat.sebab sebelum ni baby tu kurang denyutan jantung.mungkin effect dari permainan perasaan dalam diri.walaupun aku tidak sempurna dari segi dosa.tapi yang mana termampu je aku bagi.Alhamdulillah.....semuanya baik sekarang.

DALAM AKU BERSEDIH,
BIAR ORANG BAHAGIA,
DALAM AKU MENANGGUNG DOSA
BIAR AKU BERJASA PADA BANGSA
WALAUPUN DUNIA INI SEMAKIN MAJU,
HATI INI HANYA SATU,

DALAM KITA BERGEMBIRA,
INGAT ADA ORANG YANG BERSEDIH
SO HIDUP PERLU KITA TERUSKAN.
AGAR KITA TERUS BERDIRI

WALAUPUN AKU MEMBERI SETIAKU,
TAPI BENCANA YANG AKU TERIMA
BIAR AKU TIADA SEIKAT IKATAN,
MOGA SUATU HARI NANTI
INSAN KECIL HIDUP DENGAN ADANYA
AKU UNTUK MEMBANTU.

DAN PERLU INGAT,
AKU SENTIASA ADA UNTUKMU
MENANTI KEPULANGANMU
DENGAN IKHLAS DAN RASA RENDAH DIRI.
DAN BUKAN UNTUK DIPERMAINKAN LAGI.