Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

27 September 2011

Aku bersalah Kali ini

Esok akan bermula kerja.Tapi hati tak benarkan aku untuk tidur sebab asyik fikirkan benda yang sama.Dia lepaskan kedua - dua,tapi dalam masa yang sama aku bersalah kerana buat orang yang aku sayang bersedih.walaupun aku gembira seketika tapi sebenarnya duka untuk aku sekarang.Apa lagi nak aku buat.aku da sakit seperti dulu semula kemurungan.Aku mahu dia.hancur lagi hidup aku kali ini.kerja yang aku mohon dah dapat tapi aku tak pergi.kenapa setiap kali cinta dari dia menjatuhkan aku secara merudum? persoalan ini aku tujukan khas untuk diri aku.sedangkan aku memberi kata2 semangat kat dia supaya terus bangun dan kuat.dan kata2 aku membangunkan dia.tapi aku? masih begitu juga.kenapa aku masih menanti? kenapa aku masih setia walaupun dia jahat kat aku?kenapa!!!!!!!!!!!!!! jawapan dia aku terlalu sayangkan dia.walaupun da 4 bulan kami berpisah.tapi aku masih menagih cinta dari dia.

mungkin aku perlu duduk di sebelah lautan supaya susah aku nak berjumpa dia.aku sakit dalam beberapa hari ni.aku sakit menanggung perasaan sayang,rindu,cinta yang aku pendam selama 4 bulan yang ditebus dengan sehari aku bergitu gembira.tapi esoknya sakit.aku tak layak ke mendapat kebahagiaan? terangkan dekat aku jalan aku.jalan dia sudah engkau tentukan.kenapa kekuatan itu tidak kau beri juga kepada aku?kenapa airmata ni masih lagi aku bazirkan jika dia dah tak nak aku.aku pelik dengan diri aku.aku pelik.aku pelik!!!! bantu aku terangkan semua ni.dari mulanya karangan aku pasal benda ni.aku masih tak dapat jawapan.

AKu buat salah sebab lepaskan dia sebelum ni sebab aku ingat dia serius.rupanya di sebalik itu dia saja buat aku mcm tu nak bg jeles.aku terus melangkah pergi sebab aku nak dia bahagia.tapi dia tak bahagia dengan hidup dia mengharungi sakit diri dia.dia perlukan aku sebenarnya untuk jaga dia.dia perlukan aku.aku terlewat dan dia ada orang baru.orang baru juga menyakitkan dia.sekarang dia sakit sebab tak dapat lupakan aku dan cintakan orang baru.

KENAPA AKU SELALU JATUH DENGAN DIA?