Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

27 July 2011

Hanya Satu Walau Terluka

Akulah manusia hina yang tak punya sesiapa.Hati terubat dan hati terluka itu adalah permainan harian aku setiap pagi.walau sakit mana pun titisan menjadi pengubat duka lara sedikit sebanyak.Hidup aku ini tak betul dan menumpang ikhsan orang.Aku sedar kini siapa aku.Aku sedar kini siapa aku di hati dia sekarang.Aku tak diperlukan ketika dia sedang sedih,Aku la insan yang menyerabotkan otak dia.Aku memang menyusahkan dia.Memang.sebab aku tahu semuanya berpunca dari aku.Tiada manusia pernah lari dari buat kesilapan.Begitu juga aku.Walau aku cuba sekuat mana pun.hati ni tetap setia walaupun seperti menatang minyak yang penuh.mungkin dia perlu rehatkan minda dari aku.Mungkin dia menyakitkan hati aku untuk menjauhkan aku.Mungkin tidak.Mungkin dia buat aku begitu sebab hati dia milik orang lain,mungkin tidak.Setiap hari titisan airmata membasahi pipi aku ni.Malu? tiada lagi.sebab aku tak kuat setelah aku mengubati dan aku menaruh harapan semula...hatiku tetap kuat syang kat dia.Apakan daya jika aku dipermainkan sebegini.mungkin ada cerita disebalik benda yang terjadi kat diri aku ni.Aku perlu banyak bersabar.mungkin kemudian hari baran aku hilang lenyap dari diri ini.mungkin itu yang dia mahu.Ape2 pun dia tetap milik aku walaupun dia tak nak.Aku tetap dengan hati aku hanya untuk dia.Aku bertanggungjawab atas ape yang aku lakukan pada hubungan ini walaupun dia bahagia bersama insan lain yang lagi bagus dari aku.aku terpaksa terima dengan hati terbuka.Aku sayang kerana aku Cinta,