Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

13 June 2011

Nyawa


Mula satu kesepakatan antara kami 1 bulan menjadi taruhan.memikir tentang hubungan kami yang telah lama terjalin yang kini sedikit gundah sedikit terasa kehilangan.Aku punya kekasih yang sangat baik,aku punya pasangan yang sangat cantik,aku punya pasangan yang sangat ikhlas memberi kasih sayang dan cinta.Tapi berbalik kepada aku yang menyusun seribu kemaafan dan kesesalan sangat bercanggah dengan kekasih aku.aku punya jiwa.tetapi aku tak tunjulkan kepada si dia.mungkin itu punca ia menjadi sedikit goyah kini.dalam masa sebulan ini.Akan aku fikir masak2 apa yang akan aku hadapai dalam jangka masa ini,begitu juga dia.Apakah baik akhirnya ataupun sebaliknya,aku hanya berserah untuk yang berkuasa.kini pilihan di atas tangan tuan empunya.jika mahu aku gembira.jika tidak akan aku harungi liku2 kehidupan dengan kekesalan yang amat kuat atas diriku kerana semua ini berpunca dari aku sendiri.

Sebenarnya mana normal jika aku berikan pelepasan sebegini.tapi bila ku fikirkan semula apa yang terjadi ada betulnya juga ini semua patut aku lakukan.jika aku fikirkan diri aku sendiri mungkin si dia akan terasa.jadi aku biarkan si dia tenang mencari pelepasan hidup untuk kebahagiaan dia.jika benar sayang itu masih ada,AKU PERCAYA cinta itu akan datang kembali dengan sendiri.Tetapi disebalik itu besar juga risiko ini.jika benar dia sudah benci,apa perlu aku katakan lagi .berakhir semua yg aku alami sebelum ini.Mungkin ketawa sudah hilang,mungkin jiwa sudah tiada.mungkin duniaku akan musnah dibawa angan2 sendiri yang membayangi diri aku setiap hari.mencari jalan penyelesaian adalah yang terbaik.jika dia bersetuju.dengan jalan ini,maka inilah yang terbaik untuk aku.Pilihanmu menjadi pilihanku.kerana dari dahulu hingga sekarang aku berpandukan dia sebagai kompas kehidupan aku.jika tiada kompas untuk aku,aku rasa sesatlah aku di dunia nyata.aku tak punya harta.aku tak punya hati,sekali lagi aku menyesali perbuatanku untuk semua itu.apa yang ada hanya hati dan yang ditinggalkan dengan tiada perasaan benci tetapi membuatkan hati aku menyesali apa yang terjadi di setiap langkah aku.

Tiapa,mungkin hari esok,mungkin hari lusa mungkin hingga penhujung dunia akan aku telan caci maki manusia yang melihat aku menunggu semua itu.yang aku mahu adalah KAMU
Yang saban hari mengerakkan setiap detik nyawa , Jika kau gembira aku turut gembira.Kini kau sudah semakin dewasa,sudah semakin bernyawa di dunia dan sudah makin berjaya.Cukup bagiku jika itu sudah kau kecapi.Cukup bagiku melihat bergembira melalui hari2.dan cukuplah untuk aku terus menanti.Engkau sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri.walaupun aku tewas dalam hubungan.tapi aku tetap menang di hati kerana engkau berjaya Kini hari dengan semua kesusahan yang kita alami bersama.Nangis sudah,menjerit sudah,berlapar sudah,mencari wang sudah.apa yang dapat dikatakan lagi.Untuk AKU " Aku Tetap Menanti hingga Akhir Nafasku Ini"