
malam aku celoteh panjang mencari rezeki.jika wujudnya usaha.semua sama.ada usaha ada kegigihan ada wang ada masa akan dapat pulangannya.aku tiada wang,aku tiada harta,aku tiada apa² selain Jiwa,keluarga dan pilihan hati.Tp untuk semua ni aku lakukan demi masa depan.Amin...
tapi satu yang aku pelik tapi benda ni berlaku.aku seorang yang addict dengan seni.sudah tentu jatuhnya darah seni di tangan aku menurun bangkitkan anak bangsa.kenapa perlu diperlekehkan seni sedangkan ahli² mereka dipenuhi dengan ahli muzik dan pengiat seni tanah air? bukan calang² orang Ramli sarip,M.nasir,Awie Afdlin Shauki.Besar nama² ini diagungkan.Tapi memang benar kata diorang,semua pro dengan Seni Tanah Air.Aku setuju.tapi dari mana datangnya mereka kalau tidak dari Bawah.aku diperlekehkan "tak kan aku nak main djembe sampai ke tua" ya! sampai ke tua selagi hayat dikandung badan!Selagi seni diperlukan!...................Tapi kerana wang seni diperlekehkan! yang aku pelik..aku seorang pemuzik dan seorang yang inginkan seni dimajukan cuma keadaan tak mengizinkan aku dan tetap perlu mencari rezeki demi tanggungjawab.setelah diperlekehkan,ahli² seni yang mereka tadi agungkan....simpan saja dalam hati.semua kerana apa? kerana wang.kecewa sungguh aku terhadap pandangan segelintir mereka dekat pengiat seni yang tiada nama dan taraf seperti aku.Seni diperlekehkan begitu saja.Hurm..apa nak jadi..aku membuat kesimpulan..dari pe yang mereka katakan.....Seni tak memberi keuntungan dan tak memberi manfaat kepada kita yang tiada nama.takde masa depan.hanya orang² yang buat lagu,Movie,dengan karya² yang diagungkan boleh buat duit.yang berjaya sudah tentu berjaya.yang tak berjaya?mesti tingkatkan usaha.
Tapi movie ape yang diorang tengok? Muzik mana yang diorang dengar?Rekaan kereta mana yang diorang pakai? realiti TV mana yang diorang taksub? stesen TV mana diorang habiskan masa ketawa? tak ke semua yang diorang lihat datangnya dari seni kita?Dari mana datangnya Manusia hebat jika tidak disokong manusia lemah di luar sana? hurm....kecewa lagi.Sehingga sebegini rupa pemuzik tiada kelas dicaci.kalau takde yang lemah...takdenye seni dekat malaysia ni.tak apa...demi martabat seni dan masa depan aku sedia memberi insyallah untuk korang"mungkin rezeki aku lain di kemudian hari walau aku tak berduit seperti korang".Hidup baru seronok kalau dapat menganjing orang.ye menganjing sepuas puasnya...sebagai rutin.tapi Jangan! Seni ditindas sebegini rupa untuk kepentingan wang. Seni pertama di hati ni.Tiada seni merana abang² Kental kat Malaysia ni kalau tengah Jiwa Kacau.Tepuk pipi sedarkan diri.Jangan Lupa Tanah...
SENI
Biar Sedar mana isinya
Biar Nilai menjadi tanda tanya
Biar Suara jalan terpisah dua
Biar tahu caci maki Kata
Biar titis darah Sengketa
Biar Hari menyiksa Celaka
Biar Mati diketepikan syurga
Biar Manusia putuskan irama
Biar Tanah Menyedarkan Mereka
Hanya Tuhan Yang Menentukan Segala
Agar Seni tak Hilang di Dunia
"diam,mengeluh dalam,terpejam mata"