Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

23 January 2011

Memahami erti Penghayatan Sebuah Seni


Sekarang berbeza dari dulu
dulu aku kosong dari semua aspek
sekarang aku sudah terisi sedikit dari ilmu (TQ)
kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang..
memang jauh bezanya..«« dr penilaian sendiri

apa yang nak dicelotehkan untuk edisi posto aku kali ni adalah seperti tajuk di atas sane.
Persoalan yang masih aku tak dapat nak jawab seperti di bawah

Macam mana kau ketuk djembe tu?tangan aku belah sini keras lah - lain " kata mereka"
Macam mana nak feel sesebuah lagu tu? cube ajar aku " kata mereka"
Macam mana nak kaitkan lagu dengan irama ? " kata mereka"

paling susah aku nak jawab soalan ni sebab semuanya datang sendiri.persoalan yang pertama...jawapan die yang boleh aku cakap AKU KETUK² terus bunyi dan terus jadi groove...bukan sebab aku kedekut ilmu.sebab aku belajar sendiri.tengok mereka yang sudah lama dalam bidang itu...ku curik sedikit demi sedikit dari diorang gunakan deria yang telah dikurniakan Allah ni.sungguh perfect deria yang dipinjamkan ni sampai aku dapat feel irama dan lagu.

Sebut tentang irama pulak masuk kita ke persoalan kedua dengan jawapan ini.pejam mata,tumpukan pada lirik,hayati...«hayati aku xtau mcm mana nak ajar..susah sangat nak explain sebab ntah...semua yang dipinjamkan perlu digunakan sebaiknya.kalau seorang pemuzik selalunya telah tuhan kurniakan satu pemberian secara auto kepadanya perihal dia tidak meminta sedikit pun..so bersyukur atas apa yang diberikan.jangan bongkak dan kedekut.susah macam mana pun...kongsi. Lagu pertama yang aku feel sampai menitiskan airmata dalam keadaan aku yang kucar kacir adalah ciptaan rakanku Faan - INGIN acoustic version dan instrumental.feel....and cry...bak kate kami.....no music we cry.ketika itu aku sedar aku telah dikurniakan sebuah pemberian yang amat besar kerana boleh menghayati lagu dengan penuh jiwa lah senang cita.

persoalan yang ketiga..aku masih tiada jawapan...tapi apa yang dapat aku katakan tiada irama tiada lagu & bila tiada Lagu sudah tentu tiada irama. itu saja yang aku dapat kongsikan walau pun telah banyak yang mempersoalkan soalan ini pada aku.maaf aku tiada jawapan untuk tiga soalan ini.apa yang dapat aku katakan hanya logik akal dan pengalaman.aku tidak belajar muzik dari mana² institut.semua yang aku peroleh adalah dari yang maha ESA dan paksaan rakan² yang menjadikan aku sebegini rupa ketagih akan bunyi bunyian ciptaan. - Noktah -