Hati

"Cinta itu datang dan pergi dengan sekelip mata terbuka,Selama mana aku menghirup udara di bumi ini,Selagi itu aku menanti ia datang kembali"

2013 " Mampus Kau Dikoyak Koyak Sepi , Sia Sia "

09 June 2010

Tertawa di pagi hari




Oleh Hadzlan Hassan 2010/06/09

KUALA TERENGGANU: Serbuan anggotaBahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang ke sebuah rumah di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang, untuk memberkas pengedar dadah membawa penemuan mengejutkan apabila bukan dadahyang ditemui, sebaliknya kira-kira 400 seluar dan baju dalam wanita terpakai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin itu, polis yang menyerbu rumah itu untuk urusan pertuduhan kes dadah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yangbertugas sebagai pembantu kesihatan awam.Difahamkan, suspek yang pernah bertugas di Dungun dan Marang sebelum ini didapati dua kali positif ujian dadah jenis methamphetamine, malah ketika serbuan dan pemeriksaan di rumahnya,lelaki itu didapati memakai seluar dalam wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superinten danRoslan Abd Wahid berkata, lelaki itu mengaku mencuri semua pakaian dalam berkenaan daripada ampaian rumah penduduk sekitar Marang dan Dungun.

Menurutnya, ‘raja seluar dalam’ itu penagih pil kuda dan gemar memakai pakaian dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah, malah dikatakan mempunyai minat pelik dengan mengumpul pelbagai jenis pakaian dalam wanita.

“Dia pernah bertugas di Dungun dan Marang mengaku mengumpul semua 400 pakaian terpakai itu sejak tahun lalu ketika berkhidmat di kedua-dua daerah berkenaan,” katanya.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai khususnya wanita yang tinggal sekitar dua daerah berkenaan yang mungkin kehilangan pakaian dalam supaya segera membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan.

“Kami sedang bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah di kedua-dua daerah berkenaan untuk mengesan kemungkinan terdapat mangsa yang membuat laporan berhubung kehilangan pakaian berkenaan,” katanya Sementara itu, dalam operasi sama kira-kira jam 5.30 pagi semalam, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 23 tahun di sebuah rumah di Alor Limbat, Marang.

Penahanan dibuat selepas polis menemui 60 pil kuda bernilai RM2,400 daripada kumpulan berkenaan dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rajaseluardalamdicekup/Article <--click