Aku ade satu cerita nak share kalau korang nak bace la.Temetrinya pada hari Selasa 24 /02/09.Ada seorang insan yang ku gelarkan sebagai A telah menerima dugaan yang amat dasyat oleh Maha pencipta Apabila seorang wanita yang ku gelarkan B ini membuat kecoh kalau bole satu Malaysia die nak bagitau.Tersangat bongok dan pendendam.Kemarahan itu sifat Syaitan.urm...
Cerita dia mcm ni...wanita B ini adalah bekas seorang kekasih kepada lelaki A ini yang telah lama berpisah atas sebab2 tertentu yang tidak dapat dielakkan maybe tidak tahan.Pada hari ini setelah aku mendengar cerita ini dari seorang yang dipercayai.Yelah kate org banyak cabaran perlu dihadapi atas kejahatan yang dilakukan dahulu...Mungkin akan dibalas oleh Maha Pencipta.Cerita ini sedikit sebanyak boleh kita jadikan tauladan kepada Lelaki2 muslim di dunia ini.
Bermulanya Cerita Lelaki A ini sebenarnya dalam proses kembali ke Jalan kebaikan dan ingin menjadi seorang yang dikatakan baik yang tidak mahu mengulangi kesilapan silam.tetapi dugaan yang diterimanya pada tarikh di atas melemahkan semangatnya buat seketika kerana wanita B ini cuba untuk menghancurkan kebahagiaan Lelaki A dan Wanita C setelah kebahagiaan antara mereka muncul.Sabar ikhlas itu adalah islam.Lelaki A menguatkan semangat setelah menitiskan airmata kesedihan yang risaw Wanita C akan meninggalkannya.Dia terlalu sayangkan wanita C.Biasalah sifat wanita di zaman moden skang ni..Hasad Dengki tu mmg xdpt dielakn.Cara wanita B ini membinasakan Lelaki A ini adalah dengan menceritakan Keaiban@Black Story Lelaki A kepada Wanita C dan Keluiarga Lelaki A ini.Lelaki A dikerumungi masalah yang datang dari Allah untuk mengujinya.Family menelefon dan Lelaki A semakin dicaci.wanita C tidak mahu menjawab panggilan.Diberitahu bahawa wanita C menangis la coz Lelaki A ni dah tido dengan Wanita B.Tapi itu time Lelaki A diambang kegelapan.Dahla lelaki A ni dulu jahat nak mampos,hubungan family mmg kureng.wanita B ni tambahkan lagi.Kata orang "Dah la da busuk,dibusukan lagi".Lelaki A menggunakan cara untuk menenangkan hati dengan Mengambil wuduk dan bersembahyang untuk memohon keampunan dan meminta petunjuk.[Jalan Allah adalah pengubat seribu masalah.]
Terima kasih kepada Maha Pencipta,rakan2,adik2 angkat kerana membantu dan menceritakan kebenaran..setelah beberapa jam...Wanita C berjumpa lelaki A di salah sebuah gerai makan lalu dipendekkan cerita Wanita C menyatakan "Saya terima awak seadanya dan kisah silam awak saya x pandang coz itu cerita lama.Saya nak awak yang sekarang dan bukan awak yang dulu".Lelaki A tergamam n terharu coz die sedar bahawa Dirinya masih dihargai,disayangi walaupun kejahatan yang dia lakukan dahulu amat keterlaluan.Dengan bantuan Allah Alhamdulillah tamat persengketaan itu.
Apa yang nak aku ckp kat sini.Kalau orang berbuat jahat kat kita,kita biarkan je die puas tok jatuhkan kita.Sabar itu adalah kunci kehidupan dan biarlah orang Dengki kat kita kerana maybe kita ada kelebihan kita sendiri,Dendam-balaslah selagi mampu.yang patut kita buat kuatkan semangat dan Ingat segala perbuatan datangnya dari Allah dan Yang baik akan dibalas baik,yang buruk akan dibalas burok.Wassalam
-by One Djembe-